Rolls Royce Cullinan - SUV bagak ultra mewah sedang diuji

oleh HEZERI SAMSURI|
Laman web Autoblog memaparkan gambar-gambar SUV dari jenama paling berprestij dunia, Rolls Royce.

Diberi nama Cullinan, SUV ini masih lagi dibungkus agar tidak dapat dilihat bentuknya. Namun begitu, sudah boleh diagak akan saiz dan juga bentuk hadapannya yang saling tidak tumpah seperti model Phantom terbaharu dari Rolls Royce.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bahagian dalam pula nampak seperti masih banyak menggunakan komponen dari BMW (kerana BMW memiliki saham terbesar di dalam Rolls Royce sekarang) tetapi ia mungkin sementara kerana model prototaip ini sedang diuji oleh jurutera Rolls Royce.

 

 

cullinan interior

 

Bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini, Rolls Royce Cullinan pasti akan membuatkan hati para artistokrat yang sudah lama terbayangkan akan SUV paling mewah di dunia.

*Gambar dari AutoBlog

cullinan

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Phantom generasi kelapan ini telah dipersembahkan pada 2017, ia merupakan model pertama yang…
Berita Global
Spirit of Ecstasy telah didaftarkan sebagai harta intelek Rolls-Royce pada 6 Februari 1911. Sejak…
Berita Global
Jualan kenderaan elektrik (EV) untuk kumpulan itu pula melihat peningkatan sebanyak 110 peratus,…