Namun, bagaimana jika warna tersebut dilayangkan pada SUV mewah, seperti Rolls-Royce?
Mansory sekali lagi menunjukkan hasil kerja yang sungguh menawan hati menerusi model Rolls-Royce Cullinan dan ternyata warna tersebut berjaya meletakkan Cullinan di dalam kelas yang tersendiri.
Modifikasi yang dibawakan oleh Mansory termasuklah menukar gril kepada warna gelap, bumper serba baharu, lampu nyalaan siang LED, liang udara kustom serta splitter daripada gentian karbon.
Pembaharuan diteruskan di bahagian sisi dengan pemakaian fender flare pada arca roda hadapan dan belakang, skirt sisi, set rim bersaiz 24 inci, serta penampilan set ekzos dengan empat tip dan spoiler bumbung.
Tema hijau nampaknya telah dikontraskan di bahagian dalam dengan penggunaan bahan yang lebih cerah (warna tan) yang merangkumi keseluruhan aspek seperti tempat duduk, lantai, panel pintu, konsol tengah, papan pemuka, serta roda stereng.
Malah, alas ruang kargo di bahagian belakang nampaknya lebih sesuai untuk meletakkan hasil membeli belah beg-beg tangan mahal berbanding barangan dapur.