Rolls-Royce Cullinan Black Badge - jahat sangat SUV ni!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah terang lagi bersuluh, model SUV Cullinan daripada Rolls-Royce berjaya menjadi antara model yang paling laris, dan disebabkan laku keras macam pisang goreng panas, kapasiti pengeluaran semasa pun masih tak mampu nak penuhi permintaan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Setiap satu Cullinan yang keluar daripada barisan pengeluaran Rolls-Royce tidak memiliki spesifikasi yang serupa, jadi bayangkan betapa rumitnya kepala pekerja untuk memasang setiap Cullinan. 

Sebagai tambahan kepada penawaran Cullinan yang tersedia laku itu, Rolls-Royce kini menawarkan versi Black Badge yang serba hitam dan lebih berkuasa. 
 


Rupa luaran Cullinan yang sinis itu nampaknya lebih menyerlah di dalam layangan warna hitam berkilat, manakala lambang Spirit of Ecstasy pula dikemaskan dengan warna krom hitam berkilat. 

Set rim bersaiz 22 inci juga turut dilayangkan dengan warna dua tona hitam dan perak gelap manakala disebalik rim tu anda boleh mendapati pemasangan angkup brek berwarna merah - pertama seumpanya untuk sebuah Rolls-Royce. 

Luar hitam, bahagian dalaman juga perlu dipadankan dengan kemasan yang serupa. 
 


Rolls-Royce mengambil pendekatan yang berbeza dengan memadankan kemasan gentian karbon pada bahagian konsol tengah dan papan pemuka yang menjadikan penampakan seakan tiga dimensi. 

Headliner pula diberikan corak bintang-bintang di langit serta turut menampilkan elemen unik bintang jatuh di bahagian tersebut. 

Kemasan kulit hitam pada tempat duduk pula dikontraskan dengan bahan kulit Forged Yellow. 
 


Menjadikan Cullinan Black Badge ini lebih berkuasa, unit enjin asal 6.8 liter V12 tersebut telah dinaiktaraf supaya mampu mengestrak 600 kuasa kuda dan daya kilas sebesar 900 Nm - peningkatan daripada enjin asal hanya menghasilkan 563 hp/850 Nm. 

Berkenaan soal harga pula, Rolls-Royce Cullinan Black Badge ini tidak menerima tanda harga rasmi, namun anda harus ingat, harga jualan bagi sebuah Cullinan standard (tanpa sebarang barangan opsyen dan mengarut) bermula dari $382,000 (RM1.58 juta). 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Cullinan II masih lagi Cullinan yang dikenali, badan berkotak, gah dan sebuah Rolls-Royce.…
Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…