Rolls-Royce Boat Tail - kereta dengan rekaan kapal layar berharga RM117 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce baru-baru ini mengumumkan mereka kembali menawarkan perkhidmatan coachbuild - binaan kustom mengikut citarasa pelanggan - dan sekaligus memperkenalkan projek pertama yang telah disiapkan oleh divisyen tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Rolls-Royce Boat Tail diambil namanya daripada model yang pernah wujud pada era lewat 20-an dan awal 30-an, di mana rekaan keseluruhan model bespoke ini menyerupai rekaan kapal layar mewah.

Menurut Rolls-Royce, salah satu daripada tiga unit Boat Tails ini dimiliki oleh orang berada yang turut sama memiliki sebuah Rolls-Royce Boat Tail 1932 yang asal dan telah direstorasikan kepada keadaan ketika masih lagi baharu.

 


Rolls-Royce Boat Tail ini menggunakan platform spaceframe aluminium Architecture of Luxury daripada model limosin Phantom dengan dimensi berukuran 5,800 mm.

Tipikal sebuah model yang dibina khas, tiada satu pun panel yang dikongsikan daripada model asal Phantom, malah unit lampu utama LED juga memiliki rekaan baharu.

 


Namun, apa yang menarik perhatian adalah rekaan di bahagian 'ekor' yang menampilkan decklid bukaan tengah seakan kepak rama-rama dan menempatkan dua unit peti sejuk serta set peralatan dan pinggan mangkuk jenama Christofle.

Melengkapkan lagi set piknik tersebut adalah sepasang kerusi kecil diperbuat daripada gentian karbon, dan payung kecil yang boleh dibuka dan disimpan daripada bahagian belakang itu tadi.

 


Menggerakkan kapal layar darat yang super mewah ini adalah enjin 6.75 liter bentangan V12 turbo berkembar yang berupaya menjana 563 kuasa kuda, namun tiada sebarang perincian prestasi pecutan dibekalkan.

Bagi kami, harga sekitar £20 juta (RM117 juta) bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan pelanggan Rolls-Royce.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…