Rolls-Royce Black Badge Wraith Black Arrow 2023, 12 unit terakhir RR guna nadi V12

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce secara rasminya mengucapkan selamat jalan kepada enjin produksi V12 menerusi pelancaran model Black Badge Wraith Black Arrow 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan model terakhir Rolls-Royce yang menggunakan enjin pembakaran dalaman, dan hanya 12 unit sahaja yang akan diproduksikan.
 

V12


Berita baiknya, kesemua 12 unit tersebut sudah pun mempunyai pemilik masing-masing, jadi anda tidak perlu berebut untuk menjadi pemilik model terhad ini.

Nadi V12 berkuasa 642 hp dan 870 Nm itu tidak mendapat sebarang talaan, akan tetapi ia mendapat kemasan berwarna kuning yang melambangkan unit terakhir V12 dihasilkan oleh Rolls-Royce.  
 

V12


Model Black Badge Wraith Black Arrow 2023 ini membawakan kemasan warna dua tona perak (Celebration Silver) yang berubah menjadi hitam (Black Diamond) pada bahagian belakang yang diinspirasikan daripada model pemecah rekod Thunderbolt dari era 1930-an.

Kemasan cat khas itu mengambil masa lebih 18 bulan untuk disiapkan, menjadikannya salah satu warna yang paling kompleks pernah dihasilkan oleh Rolls-Royce.
 

RR


Selain itu, terdapat warna aksen kuning pada bahagian bampar, rim, pendakap disebalik jeriji, serta kemasan bulatan pada bahagian bawah Spirit of Ecstacy.

Tidak seperti bahagian luar, ruang kabin menerima elemen warna kuning yang jauh lebih meluas, terutama pada bahagian tempat duduk yang dibaluti Club Leather, roda stereng, panel papan pemuka, serta kemasan trim pintu.
 

RR


Jam khas yang terdapat pada papan pemuka itu turut menampilkan tema kuning, serta cetakan rekod kelajuan tertinggi yang dicatatkan oleh Thunderbolt dari tahun 1938.

Tipikal sebuah Rolls-Royce, model coupe V12 ini turut mendapat headliner yang terdiri daripada 2,117 kabel optik gentian yang membentuk grafik gugusan bintang di langit Bonneville pada malam cubaan Rolls-Royce memecahkan rekod kelajuan tertinggi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…