Roll by Goodyear - beli dan pasang tayar anda di mana sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat tayar terkemuka, Goodyear Tire & Rubber Company telah memperkenalkan cara baharu untuk membeli dan memasang tayar kepada para pelanggan, dikenali dengan Roll by Goodyear.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kawasan metro Washington D.C. menjadi lokasi pertama pemasangan pusat pameran Roll by Goodyear dengan merangkumi beberapa pilihan pemasangan ditawarkan. 

Menurut Fred Thomas, Naib Presiden dan Pengurus Besar Goodyear Retail berkata, "Roll by Goodyear kini memudahkan urusan pembelian di mana para pelanggan boleh memilih bila, di mana dan bagaimana untuk memasang tayar kenderaan mereka."

"Menerusi cara ini, Goodyear ingin mengurangkan masa menunggu para pelanggan dan memberikan mereka kawalan sepenuhnya terhadap operasi yang mereka ingin lakukan," tambah beliau. 
 


Berikut merupakan cara-cara Roll by Goodyear ini berfungsi:

  • Masuk ke laman web RollByGoodyear.com atau pergi ke mana-mana pusat pameran Goodyear
  • Pelanggan memilih dan membeli produk yang mereka perlukan, seterusnya menentukan masa pemasangan yang dikehendaki

Terdapat dua pilihan pemasangan

  • Servis valet - tinggalkan kunci kenderaan, dan Goodyear akan mengambil kenderaan anda dan meletakkan kembali ke lokasi yang anda tentukan
  • Servis mobil - Van Goodyear akan datang ke tempat anda tidak kira bila masa yang anda tentukan

Seluruh operasi pemasangan akan dikemaskini statusnya secara masa nyata menerusi emel ataupun mesej teks bagi memberikan notifikasi kepada para pemilik.