Rocket III TFC - model paling berkuasa dari Triumph!

oleh HEZERI SAMSURI|
Triumph masih lagi memegang rekod motosikal siri pengeluaran dengan enjin terbesar di dunia - model Rocket III dengan enjin 2,294cc 3-silinder yang dilancarkan dalam tahun 2004.

Mungkin risau akan ada yang merampas takhta itu, syarikat motosikal dari UK ini dikatakan bakal melancarkan Rocket III TFC (Triumph Factory Custom).

 

Enjin Rocket III TFC ini dinaikan kepada 2,458 cc dan diberikan perubahan dari segi injap titanium, agar ia mampu menghasilkan 168 hp serta daya kilas pada 221 Nm.

Daya kilas setinggi itu sangat mudah untuk anda merosakan tayar dan untuk itu, Triumph beralih kepada sistem elektronik agar ia lebih mudah dikendalikan oleh penunggang.

 

 

Sistem elektronik tersebut termasuk kawalan traction yang mengambil kira sudut condong ketika membelok, Cornering ABS, empat mod tunggangan serta Quickshifter dan AutoBlipper.

Selain dari itu, ia juga mempunyai kawalan cruise, Hill Hold Control, sistem keyless dan pengawasan tekanan udara - semuanya dikawal melalui skrin TFT berwarna dengan kemudahan Bluetooth yang mampu memberikan kawalan kamera GoPro, akses kepada peta Google Map dan mengawal musik atau panggilan masuk.

 

 

Walaupun besar dan berat, Triumph nampaknya mahukan Rocket III TFC ini mampu bersaing dengan Ducati Diavel.

Hmmm ....

Oleh itu, Triumph juga memberikan kerangka baharu yang dilengkapi dengan fork hadapan 47mm boleh laras sepenuhnya dari Showa.

Brek pula ialah dari Brembo dengan angkup Stylema seperti yang terpasang pada Ducati Panigale V4.

Swingarm sebelah pula menampakan keseksian Rocket ini dengan sistem ekzos 3-1 dari Arrows yang lebih kemas dan ya, ganas.

Rocket III Standard dikatakan akan muncul pada hujung tahun ini.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Pelancaran
Triumph Motorcycles Malaysia baru-baru ini melancarkan lima buah model baharu untuk pasaran…
Berita Global
Di bawah ialah senarai motosikal paling laku jualannya di UK.   10. Honda NSC 100 Vision
Berita Global
  Syarikat motosikal British, Triumph nampaknya tidak akan membenarkan model gergasi mereka,…