Robot VW ini boleh bergerak untuk cas kereta elektrik secara automatik!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Mobile Charging Robot
Volkswagen Mobile Charging Robot
Semakin hari semakin banyak berita mengenai perkembangan kenderaan elektrifikasi yang menunjukkan keazaman pengeluar dan pihak berkuasa dalam mengadaptasinya.

Di antara perkara yang difokuskan sekarang ini ialah jarak pemanduan dan kemudahan pengecasan.

Terbaru Volkswagen Group Components iaitu sebuah unit perniagaan bebas di bawah Volkswagen AG mempertontonkan unit prototaip robot pengecasan bergerak.

Apakah fungsinya? Mengecas kenderaan elektrik di kawasan parkir terhalang seperti di aras bawah bangunan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Mobile Charging Robot

 

Ini adalah satu dari konsep pengecasan yang mana Volkswagen berharap dapat mengembangkan lagi infrastruktur pengecasan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Satu ciri menarik mengenai robot pengecasan ini ialah ia beroperasi secara autonomi atau automatik sepenuhnya.

Berikut ialah bagaimana robot ini berfungsi:

  • Pemandu meletakkan kereta di ruang parkir.
  • Pemandu mengaktifkan robot melalui aplikasi telefon pintar atau fungsi komunikasi Car-to-X.
  • Robot bergerak ke arah bateri (energy storage unit), menunda keluar dan bergerak ke arah kereta.
  • Lengan robot akan menarik dan menyambung kabel pengecasan bateri ke soket kereta.
  • Bateri tersebut ditinggalkan untuk mengecas kereta.
  • Robot mengulangi proses sama jika kereta lain memerlukan pengecasan.
  • Selepas kereta disiap cas, robot bergerak ke lokasi dan mengambil kembali bateri dan meletakkannya di tempat asal atau stesen pengecasan berpusat.

 

Volkswagen Mobile Charging Robot

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Group Components, Thomas Schmall, kaedah sebegini memberi manfaat kepada pengendali tempat meletak kereta dan parkir aras bawah dengan mempercepatkan serta meringkaskan proses membangunkan kemudahan pengecasan di tempat mereka.

Idea begini sebenarnya sangat bagus, berbanding pengguna pergi ke parkir khas untuk mengecas kenapa tidak pengecas itu sendiri yang datang ke kereta?

Dengan itu tidak semua tempat perlu diketuk dan dikorek untuk sambungan kabel elektrik dan pengecasan dibuat.

Penulis: Muhammad Md Tajudin