Robot penghantar makanan Yandex kini berkhidmat di kampus kolej AS

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat teknologi Russia Yandex kini bekerjasama dengan syarikat tempahan makanan dalam talian GrubHub untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan tanpa memerlukan pemandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yandex (disifatkan sebagai Google Russia) menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang merangkumi pengiklanan, sehinggalah kepada perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran makanan.

Syarikat itu telah pun memulakan pengujian penghantaran menggunakan robot tanpa pemandu pada tahun 2019 dan sudah pun beroperasi di sesetengah lokasi di Moscow dan Ann Arbor, Michigan.

Perkhidmatan yang ditawarkan menerusi platform GrubHub kini merangkumi lebih daripada 250 buah kampus kolej di serata Amerika Syarikat dan dengan kehadiran robot Yandex ini mampu memudahkan lagi urusan memasuki kawasan kampus kolej yang sukar untuk diakses oleh kenderaan biasa.

Difahamkan, teknologi disebalik robot penghantaran makanan Yandex ini adalah sama seperti apa yang digunakan pada kenderaan pandu sendiri.

 

Sumber: The Star