Robot ambil alih tugas isi minyak kenderaan!

oleh Penyumbang Rencana|
Sistem Autofuel mengorak langkah dengan membangunkan lengan robotik yang berupaya mengisi petrol pelbagai kenderaan di stesen minyak tanpa bantuan manusia.


Oddity Central melaporkan, stesen minyak Neste di Finland, ketika ini, satu-satunya tempat di dunia yang membolehkan pemandu mengisi petrol kereta dengan bantuan robot.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ia adalah projek perintis oleh Autofuel untuk menguji sistem pengisian bahan api futuristiknya iaitu lengan robot yang boleh mengesan pintu tangki bahan api kereta, memilih jenis bahan api yang betul dan mengendalikan pam tanpa bantuan manusia.

 

Lengan robot Autofuel generasi ketiga diuji selama lebih setahun dan syarikat Denmark itu merancang untuk memulakan ujian awam, akhir tahun ini.

 

Walaupun mengambil masa lama untuk ada dalam arus perdana, Autofuel percaya inovasi robot itu akan menjadi tidak ternilai apabila kenderaan yang benar-benar beroperasi secara autonomi berada jalan raya.

 

Autofuel mula memainkan peranan dalam penyelesaian isian petrol kereta robotik pada 2018.

 

Idea utama projek itu adalah untuk mengurangkan potensi pendedahan kepada bahan kimia berbahaya, dan komponen bahan api di stesen untuk pekerja mahupun pelanggan.

 

Bagaimanapun, ada faedah lain apabila khidmat robot digunakan untuk melakukan semua kerja termasuk keselesaan dan kemudahan, serta keselamatan dalam kawasan yang orang mungkin berasa berat hati untuk meninggalkan kenderaan mereka.

 

Di samping itu, penggunaan rohot juga membantu orang kurang upaya (OKU) yang tidak boleh mengisi petrol kenderaan mereka sendiri.

 

"Mengisi petrol secara manual memerlukan perhatian sepenuhnya oleh pemandu.

 

"Sistem Autofuel pula tidak memerlukan manusia, sebaliknya membolehkan mereka pergi ke kedai untuk minum kopi atau berehat sebentar sementara petrol kereta diisi.

 

"Teknologi kami berhasrat untuk menyediakan pelanggan dengan keselesaan dan keselamatan maksimum di stesen minyak," kata Jonas Thor Olsen, Ketua Pegawai Eksekutif Autofuel.

 

Penyelesaian Autofuel terdiri daripada lengan robotik modular yang ada di dalam pam bahan api, satu siri penderia serta kamera untuk mengesan nombor pendaftaran kenderaan supaya sistem dapat mengenal pasti jenis bahan api diperlukan.

 

Video di bawah:

 

 

- mungkin lebih bermanafaat di negara yang bersalji -

Agensi