Robosen jual Optimus Prime boleh bertukar ikut arahan suara!

oleh Mohamad Hanif|
Robosen Robotics telah bekerjasama dengan pembuat alat mainan terkenal Hasbro untuk membangunkan watak robot paling popular Optimus Prime yang mampu bertukar dengan menggunakan arahan suara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan beberapa arahan mudah seperti "move forward", "roll out", "move left/right", "volume up/down" dan banyak lagi, Optimus Prime ini mampu bertukar menjadi sebuah lori, atau sebuah robot, serta melakukan beberapa pergerakan mudah.

 


Arahan suara ini boleh dilakukan dengan mudah dengan menggunakan aplikasi menerusi sambungan Bluetooth.

Menariknya, sesetengah aksi yang ditawarkan turut menyertakan sekali dialog yang dilontarkan oleh pelakon suara asal Optimus Prime, Peter Cullen!

 


Robosen juga turut menawarkan fungsi pengaturcaraan yang tersendiri bagi membolehkan kesemua 27 sambungan yang terdapat pada robot Optimus Prime ini digunakan sepenuhnya, dan ia boleh diakses menerusi seksyen Missions yang terdapat di dalam aplikasi yang dibekalkan.

Menurut Robosen, mereka menghabiskan masa selama 11 tahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan.

 


Optimus Prime Robosen Robotics ini boleh didapati pada pautan INI pada harga bermula dari $699 (RM2,890).