Roam Overlanding ajar ilmu modifikasi asas camper 4x4 - guna Suzuki Jimny!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelbagai modifikasi camper truck pernah kami paparkan sebelum ini dan kebanyakannya menggunakan asas daripada lori, trak pikap dan van. 

Namun, kos operasi bagi sesetengah model yang dipilih mungkin merupakan penghalang, terutama bagi mereka yang lebih menggemari konsep yang lebih ringkas dan minimalis. 
 


Untuk mencari sebuah kereta moden yang cukup sesuai untuk aktiviti hujung minggu tidaklah sukar sekiranya negara anda menjual sebuah Suzuki Jimny, bahkan dengan peralatan yang sesuai anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja. 

Saluran YouTube Roam Overlanding telah menerbitkan sebuah video khas menunjukkan bagaimana anda mampu menikmati aktiviti ini walaupun dengan sebuah Suzuki Jimny yang berdimensi lebih kecil.


 


Dengan penambahan satu aksesori khemah bumbung (rooftop tent) Eezi Blade, Suzuki Jimny yang sudah tersedia keupayaan off-road itu boleh mengharungi apa jua cabaran dan bermalam di mana-mana juga dengan lebih mudah. 

Selain daripada rooftop tent yang disebutkan tadi, Roam Overlanding juga turut memberikan tunjuk ajar modifikasi awalan kepada Suzuki Jimny seperti penggunaan tayar BF Goodrich off-road bersaiz 215/75/15.
 


Selain daripada itu, anda juga boleh mempertimbangkan untuk menambah aksesori lain seperti rak bumbung, rockslider dan awning sebelum keluar berkelana.

Modifikasi ini tampak ringkas, namun sudah cukup untuk memberikan penampilan yang lebih berbeza kepada Suzuki Jimny anda. 

Jika dan hanya jika Suzuki Jimny dipasarkan di Malaysia...