Roadster - 0-97kmsj dalam 1.9 saat dan halaju maksimum lebih 400kmsj

oleh HEZERI SAMSURI|
0 - 97 ksmj = 1.9 saat
0 - 161 kmsh = 4.2 saat
Halaju maksimum = 402 kmsj

Pastinya sebuah kenderaan yang mempunyai empat tempat duduk dan mampu memecut dengan prestasi di atas mempunyai sebuah enjin yang besar dan ekzos yang menghasilkan bunyi yang menginzalkan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sayang sekali kerana kenderaan yang mampu memecut selaju itu ialah Tesla Roadster dan kerana ia adalah sebuah kenderaan elektrik (EV), ia senyap sunyi.

 

Walaupun tidak ada informasi teknikal akan Test Roadster ini, ia dikhabarkan mempumnyai kadar tork atau daya kilas setinggi 10,000 Nm.

Ia juga mempunyai jarak perjalanan sejauh 998 km dengan sekali caj - melupuskan terus perasaan ketakutan akibat bateri habis tenaga.

 

Tesla masih belum  menghasilkan model ini dan ia dijangka akan muncul dalam masa setahun dua ini.

Pemilik Tesla sekarang boleh menempah  sebuah dengan kos RM208,000. Harga Roadster ini pula dijangka dalam lingkungan RM830,000 tanpa cukai.

Walaupun belum dihasilkan, sudah ada varian istimewa Founder's Series dengan harga lebih RM1 juta.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan unit binaan khas ketiga daripada empat buah Droptail yang dibina khusus untuk…
Berita Global
Grand tourer (GT) terbaharu ini menggandingkan nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar berkuasa…
Berita Global
Hubungi divisyen projek khas Ferrari, dan syarikat itu akan menghasilkan sebuah supercar binaan…