Road to 900k Unit Milestone - 9 unit Honda untuk direbut!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan kempen menuju ke arah produksi yang ke-900,000 unit suku ketiga 2019, Honda Malaysia telah menyediakan sembilan unit kenderaan Honda untuk direbut oleh rakyat Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sembilan unit kenderaan tersebut termasuklah Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord. 

Kempen ini boleh disertai di kesemua 90 pusat pameran di seluruh negara bermula Ogos sehingga September 2019.

 

 

 

Pelbagai acara yang menarik menanti para pelanggan Honda yang melayakkan mereka menerima tiket untuk menyertai cabutan bertuah, termasuklah mencari gambar tersembunyi, pandu uji, dan servis kenderaan Honda.

Manakala para pelanggan yang berjaya mendaftarkan kenderaan bermula 1 Ogos sehingga 22 September 2019 turut layak untuk menyertai cabutan bertuah yang disediakan.

Lebih banyak tiket, lebih banyak peluang untuk anda memenangi unit cabutan bertuah yang disediakan.

 

 

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2002, Honda Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan seperti model pemasangan pertama CKD, selain menjadi syarikat non-nasional pertama di Malaysia di dalam beberapa segmen kenderaan. 

Tambahan pula, Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang memperkenalkan model Sport Hybrid i-DCD bermula tahun 2004 sehingga sekarang. 

Pencapaian ini tidak akan bermakna tanpa sokongan daripada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. 

 

 

Honda Malaysia juga komited untuk memenuhi keperluan dengan memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik, selain menjadi sebuah syarikat yang diperlukan oleh masyarakat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…