RM9,000 sahaja kos ubah Ativa jadi Toyota Raize!

oleh Mohamad Hanif|
Perodua Ativa (serta kembarnya Daihatsu Rocky dan Toyota Raize) menjadi perbualan hangat semenjak kebelakangan ini, bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran Indonesia dan tanah air Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini kami pernah memaparkan beberapa aksesori yang boleh dipadankan pada SUV cilik ini, dan bagi mereka yang mementingkan rupa paras yang asal (tanpa kehadiran aksesori GearUp), ini merupakan cara yang sesuai.

Ia bukanlah barangan yang diperoleh daripada kedai potong, sebaliknya GP Division Auto menawarkan kit penukaran asal yang original daripada Toyota.

Menurut laporan daripada Paultan, kit tersebut boleh didapati pada harga RM9,000 merangkumi beberapa komponen seperti:

  • bampar depan dan belakang
  • emblem Toyota dan Raize
  • lampu nyalaan siang LED
  • lampu kabus LED

Harga yang ditawarkan itu adalah termasuk pemasangan dan kos mengecat, dan kit tersebut mudah untuk dipasang pada Perodua Ativa anda (plug and play).

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman FB GP Division Auto.