RM700,000 dalam but BMW Z4 tinggal

oleh HEZERI SAMSURI|
Sejumlah wang bernilai RM700,000 ditemui di dalam sebuah BMW Z4 yang ditinggalkan tersadai di Kampung Sungai Tiram, Kota Tinggi semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Duit tersebut yang disorok di dalam but kenderaan tersebut  dijumpai selepas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat serbuan di sebuah rumah di kampung tersebit jam 2 pagi semalam.

Lapan lelaki berusia antara 27 hingga 48 tahun ditahan dan pelbagai senjata serta 86 biji pil Erimin 5 turut dirampas.

Menurut laporan Harian Metro, Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata kes akan disiasat di bawah pelbagai akta termasuk Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 36 Akta Senjata 1960, Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

* Gambar utama ihsan PGA


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model pacuan roda belakang tersebut dibangunkan menerusi kerjasama dengan BMW, di mana ia banyak…
Berita Global
Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kempen recall…
Berita Global
Alasannya?  Menurut NHTSA, terdapat kemungkinan kerosakan pada papan litar bercetak (PCB) yang…