RM6.9 juta berjaya 'dikutip' oleh AWAS!

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 169,315 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sejak kerajaan mengambil alih operasinya dari pihak swasta.

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata, sepanjang tempoh 1 September 2018 sehingga Disember tahun lalu, sejumlah RM6.9 juta kompaun juga berjaya dikutip.

 

"AWAS atau dahulunya dipanggil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sememangnya memberi kesan, sebab itu ia diteruskan apabila kerajaan terdahulu mengambil alih.

 

"Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati AWAS atau AES dapat mengurangkan 95 peratus jumlah risiko kemalangan di persimpangan lalu lintas dan jalan raya yang dipasang kamera," katanya.

 

- Berjaya mengutip saman tetapi kadar kemalangan masih tinggi!! -

 

HM 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, angka tersebut merupakan kos penyelenggaraan bagi…
Berita Domestik
Menurut laporan Malay Mail, langkah ini bertujuan meningkatkan kesedaran pemandu serta memastikan…
Berita Domestik
"Sepanjang tempoh Januari hingga Isnin lalu, sebanyak 855,300 notis saman telah diselesaikan…