Apa yang lebih mengejutkan, Pengerusi & CEO Mercedes, Ola Källenius, sendiri dilaporkan sudah beri lampu hijau. Kalau sebelum ni cuma Toto Wolff yang terang-terangan minat dengan Verstappen, kini seluruh kepimpinan Mercedes dah "setuju" nak bawa Verstappen ke Brackley!
Di GP Britain hujung minggu lalu, Verstappen hanya mampu tamat di P5 dalam perlumbaan hujan walaupun bermula dari pole position. Tapi yang lebih menyakitkan bagi Red Bull, dia kini sedang diasak hebat oleh McLaren, terutamanya dua pencabar kejuaraan baharu Oscar Piastri dan Lando Norris.
Red Bull mungkin masih mahu pertahankan Verstappen hingga tamat kontrak 2028. Tapi realitinya? Bila Mercedes sanggup bayar RM522 juta dan Verstappen sendiri tak lagi kelihatan 'gembira' dengan arah tuju pasukan... segalanya boleh berubah.