RM3.4 bilion diperlukan baiki jalan Persekutuan rosak di Semenanjung

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan/ Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dari Gerik ke Jeli
Peruntukan sebanyak RM3.4 bilion diperlukan kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi membaik pulih semua jalan Persekutuan yang rosak di Semenanjung Malaysia.


Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah berkenaan diperlukan bagi memulakan kerja-kerja seperti penurapan, membuat lapisan atau jalan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walau bagaimanapun beliau berkata KKR menyedari akan kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan ketika ini.

 

Justeru Fadillah berkata pihaknya akan mengemukakan Kertas Kabinet bagi mencari penyelesaian lebih konkrit ke atas jalan-jalan rosak berkenaan yang perlu dibaik pulih semula.

 

“Istilahnya yang kita panggil 'backlog', jalan-jalan yang sudah tarikh hayatnya patut dibaru muka, diperbaharui, di reconstruct. Sebab tempoh hayat jalan ini biasanya bila kita buat jalan, tiap lima atau tujuh tahun dia kena dibuat semula.

 

“Tetapi dalam keadaan jalan yang lebih daripada itu kalau kita tak buat maknanya base dia dah tak mampu untuk menanggung apatah lagi yang 40 tahun dulu dibuat berdasarkan standard yang lama,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat lawatan kerja ke laluan Persekutuan daerah Hulu Perak di Dewan Persidangan Gerik, di sini pada Isnin.

 

Hadir sama dalam taklimat tersebut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

 

Selain itu, Fadillah memberitahu kesemua jalan Persekutuan dijangka akan siap dibaik pulih menjelang tahun hadapan.

 

Pada masa sama beliau berkata sejumlah RM68 juta diperlukan bagi membina semula jalan baharu di laluan FT004 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dari Gerik ke Jeli, Kelantan.

 

Menurutnya, sebagai langkah jangka masa pendek, kerja-kerja penurapan sementara laluan itu akan dilakukan segera bermula Sabtu ini.

 

Laluan Persekutuan FT004 itu adalah jalan utama Timur-Barat di zon utara Malaysia yang menghubungkan tiga negeri bermula di Kulim, Kedah melalui Gerik, Perak dan berakhir di Pasir Puteh, Kelantan dengan jarak keseluruhan jalan adalah 291.99 kilometer.

 

Antara jenis kerosakan jalan dikenal pasti adalah seperti kerosakan pada permukaan jalan, garisan cat jalan pudar, kerosakan lampu jalan serta kerosakan longkang yang mengakibatkan air bertakung.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Keseluruhan kos baik pulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Kelantan berjumlah RM10.6 juta…
Informasi
Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal…
Berita Domestik
"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik)…