Katanya, kerja-kerja naik taraf itu melibatkan jalan sedia ada sepanjang 1.5 kilometer dan dua jambatan yang diganti kepada empat lorong di samping pembinaan jejambat serta sistem perparitan.
“Bancian lalu lintas pada 2020 mendapati, sebanyak 31,387 kenderaan melalui Jambatan Marang dalam sehari.
“Bagaimanapun, struktur jambatan ini tidak lagi mampu menampung kenaikan beban trafik di masa depan yang melibatkan isu keselamatan pengguna,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pecah tanah projek naik taraf Jambatan Marang di Marang, semalam.
Fadillah berkata, projek penggantian jambatan itu sememangnya dinantikan rakyat Marang dan bakal memberi manfaat kepada penduduk.
Katanya, apabila siap kelak, projek itu dapat menjimatkan masa perjalanan sehingga 20 minit pada waktu puncak berbanding sebelumnya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kementeriannya memperuntukkan kira-kira RM971 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan di Terengganu pada tahun ini.