RM2.5 JUTA DANA UNTUK BANTU 7 USAHAWAN AUTOMOTIF DI TERENGGANU

oleh Firdaus Razani|
Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA - PETRONAS (PUMP) memperuntukkan RM2.5 juta bagi membantu 7 usahawan automotif membuka pusat servis kenderaan di Terengganu.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

PUMP merupakan program khas berstruktur merangkumi latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan, khidmat nasihat dan pemantauan berkala oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PETRONAS.

Kerjasama antara MARA bersama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMM) ini berjaya memperkukuhkan lagi peranan MARA dan PETRONAS dalam memperkasakan ekonomi Bumiputera terutamanya dalam bidang automotif.

 

petronas

 

Seramai 55 usahawan telah terpilih daripada 120 usahawan yang menghadiri taklimat dan temuduga yang telah diadakan pada Ogos 2022 bagi zon pantai timur, iaitu negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Bagi program PUMP di Negeri Terengganu, MARA mensasarkan 10 cawangan yang bakal beroperasi, tiga daripadanya telah beroperasi di Kuala Nerus, Kemaman dan Dungun.

Manakala tujuh lagi cawangan sedang dibangunkan dan dijangka akan beroperasi pada tahun ini.

Secara keseluruhan, MARA telah memperuntukkan RM185 juta bagi melaksanakan program-program keusahawanan yang memberi manfaat kepada 1452 usahawan di seluruh Malaysia.

Bagi program automatif, sebanyak RM7.4 juta peruntukan telah diluluskan dan memberi manfaat kepada 60 usahawan.

MARA juga telah memperuntukkan RM15 juta yang memberi manfaat kepada 35 usahawan dengan memiliki 46 buah cawangan di bawah jenama PUMP.

 

petronas

 

Keberhasilan ini sangat memberangsangkan dan memberi impak tinggi apabila nilai jualan usahawan di bawah PUMP mencecah RM50 juta dengan penawaran 320 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” tambah Pengerusi MARA.

“Kami sangat berbesar hati dengan pelancaran cawangan terbaru PETRONAS AutoExpert di Kuala Terengganu ini. Umum mengetahui bahawa di Pantai Timur khususnya, nama PETRONAS.

Dengan jaminan kualiti kerja serta mutu tertinggi minyak pelincir PETRONAS Syntium, pelanggan-pelanggan PETRONAS AutoExpert pasti akan merasai pengalaman baru yang menyenangkan.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd, Zameer Zahur Hussain  di pelancaran cawangan PETRONAS AutoExpert terbaru ini.

“Sokongan daripada pihak MARA di dalam usahasama ini sangat-sangat kami hargai.

Skim pinjaman di dalam program PUMP ini ternyata banyak membantu Bumiputera berkelayakan untuk menambahbaik taraf kehidupan mereka melalui industri automotif", kata beliau.

RS Auto Sdn Bhd adalah antara usahawan PUMP pantai timur yang telah menerima kemudahan pembiayaan dari MARA Terengganu sebanyak RM 500 ribu bagi ubah suai bengkel yang lebih kompetitif dan berdaya saing serta lebih sistematik.

 

mara

 

Dalam perkembangan berkaitan, tahun ini MARA mensasarkan 20 cawangan PUMP akan dibuka di seluruh Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kerajaan berpandangan bahawa penggunaan NGV harus ditentukan berdasarkan pasaran tanpa campur…
Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…