RK hargai sumbangan para penghantar makanan dengan Projek Terima Kasih #DeliveryAbang

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai usaha menghargai pengorbanan para penghantar makanan yang bekerja keras ketika tempoh PKP sedang berlangsung, RK South Asia Sdn Bhd dengan kerjasama rakan kongsi berbesar hati membantu mereka bagi memastikan tugas yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tanpa pengorbanan mereka, kita mungkin tidak akan dapat menjalani kehidupan #DudukRumah dan #KekalSelamat sepanjang tempoh wabak COVID-19 melanda negara.

 


Apa yang menyedihkan apabila terdapat segelintir para penghantar makanan mengalami kesukaran bertugas apabila bengkel motosikal ditutup dan mereka tidak dapat mencari tempat yang sesuai untuk membaiki motosikal terutama menggantikan rantai motosikal.

Demi membantu #DeliveryAbang, RK South Asia tampil dengan idea untuk membantu menyelesaikan masalah dengan menyumbang beberapa alat ganti seperti:

1)    RK-428KLO Seal Chain Kit
2)    RK 428 Front and Rear Sprocket
3)    RK limited Edition Cubprix T-Shirt
4)    RK Washable Face Mask
5)    Alpinestars Reef Glove ( By : Alpinestars Malaysia )
6)    Shoei Arm Sleeve ( By : Shoei Malaysia )
7)    Gesel Heinz 10w40 Fully Synthetic Lubricant Oil ( By : Sinar Puncak Sdn Bhd )

 


Pihak RK akan menggunakan cara rawak untuk memilih Delivery Abang (serta tiada aplikasi penghantaran spesifik), dan menggantikan RK Seal Chain Kit satu demi satu bertujuan untuk menjaga penjarakan sosial.

Proses memilih ini juga akan dilakukan secara berkala bermula jam 9 pagi, jam 2 petang serta jam 3 petang bagi mengelakkan waktu bekerja puncak yang dihadapi oleh Delivery Abang.

#TerimaKasihDeliveryAbang #RKTakasagoChain #RKMalaysia #PaduRK