Riwayat Mulsanne tamat - Flying Spur bakal jadi sedan mercu baharu Bentley

oleh Mohamad Hanif|
Kebangkitan permintaan terhadap SUV di seluruh dunia menyaksikan pengeluar kenderaan mewah Bentley berjaya mencatatkan penjualan sebanyak 11,006 unit kenderaan pada tahun lalu, dan hampir separuh daripadanya disumbangkan oleh Bentayga.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, jualan Bentayga didapati meningkat 18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2018.

Namun, jika diperhatikan, nama sedan Mulsanne tidak langsung disebut di dalam siaran pencapaian jualan Bentley untuk tahun 2019. 

Kebiasaannya, pengeluar tidak mahu menyebut prestasi model yang tidak memberangsangkan, namun seberapa rendahkah jualan Mulsanne pada tahun lalu? 
 


Menurut temubual yang dijalankan oleh Top Gear, CEO Bentley Adrian Hallmark memberitahu Mulsanne hanya sekadar mencapai jualan sebanyak 500 unit pada tahun lepas, berbeza berbanding zaman di mana Mulsanne mencapai jualan empat angka. 

Tambah beliau lagi, walaupun populariti Mulsanne jauh melebihi Phantom, jumlah jualan Mulsanne nampaknya gagal untuk memastikan model tersebut terus hidup, malah Bentley juga tidak merancang untuk menghasilkan generasi baharu bagi Mulsanne melihatkan kepada keadaan semasa. 

Peranan Mulsanne akan digantikan oleh model Flying Spur yang lebih kecil dimensinya dan lebih sesuai untuk dijadikan sebagai sedan mercu Bentley. 

Ini kerana menurut Bentley, jumlah jualan Flying Spur jauh mengatasi jumlah jualan sedan Mulsanne dengan kadar nisbah enam kepada satu!
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Begitulah nasib yang menimpa lima unit limosin mewah Bentley Mulsanne Grand Limousine yang kini…