Rivian R1T - trak pikap elektrik berkuasa 700 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat pemula kenderaan elektrik berpengkalan di Michigan, iaitu Rivian telah memperlihatkan kepada umum trak pikap elektrik pertama mereka, R1T.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Trak pikap R1T ini dibangunkan berdasarkan platform papan selaju (skateboard), terdiri daripada sebuah rangka yang merangkumi segala komponen penting - pek bateri, gandar, sistem suspensi dan sistem penyejuk - yang diletakkan rendah pada dasar kenderaan.

Kebaikannya?

Rendah titik graviti, dan menawarkan tahap pengendalian yang setanding dengan kereta sedan sport. 
 


Rivian R1T ini ditawarkan dalam tiga pek bateri berlainan kapasiti: 

  • 180 kWh - jarak operasi 644 km
  • 135 kWh - jarak operasi 483 km
  • 105 kWh - jarak operasi 370 km

Manakala empat buah motor elektrik yang digunakan pula mampu menjana kuasa setinggi 700 kuasa kuda dengan daya kilas maksimum 1,120 Nm!

Sebagai perbandingan, Koenigsegg Agera S tahun 2013 dengan enjin 5.0 liter bentangan V8 itu mampu menghasilkan 1,016 kuasa kuda dengan daya kilas yang hampir serupa iaitu 1,100 Nm
 


Apa yang menarik pada trak pikap ini tidak terhad pada angka yang dipertunjukkan sebentar tadi. 

Disebabkan R1T ini tiada enjin, ia menawarkan ruang kargo yang paling luas, bermula daripada frunk (front trunk) yang bersaiz 330 liter, bed belakang, ruangan 'rahsia' sebesar 250 liter pada ruangan simpanan tayar, dan juga ruang 'terowong gandar' yang mampu menawarkan ruang tambahan bersaiz 350 liter.

Ruangan terakhir yang disebutkan itu mampu memuatkan barangan yang berdimensi panjang, seperti beg golf, papan luncur salji, ataupun stroller bayi. 
 


Menurut Rivian, mereka mensasarkan harga jualan trak pikap R1T ini bermula dari $61,500 (RM257,777++) dan tempahan sudah boleh dibuat dengan bayaran deposit berjumlah $1,000 (RM4,200) di laman web Rivian.

Proses penghantaran pula dijangka bakal bermula menjelang lewat tahun 2020.

Berita Berkenaan

Berita Global
Rivian, yang didokong oleh gergasi Amazon berkata panggil semula itu aadalah bertujuan untuk…
Berita Global
Amazon.com juga memiliki lebih kurang 20 peratus saham Rivian dan ia sudah menempah lebih dari 100,…
Berita Global
Antara opsyen yang menarik perhatian ramai ialah dapur terbina dalam yang boleh menggelungsur…