Rivian R1S, R1T bakal hadir dengan empat opsyen bumbung!

oleh Mohamad Hanif|
Ya, anda sebenarnya tidak tersalah baca, dan kami bukanlah sengaja menggunakan tajuk clickbait demi menarik perhatian pembaca.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia adalah satu kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Rivian berhubung opsyen yang bakal ditawarkan pada produk trak pikap R1T dan juga SUV R1S. 

Dalam satu soal jawab yang dibuat menerusi Twitter, Rivian telah mengesahkan bahawa kedua-dua R1T dan R1S itu bakal hadir dengan empat pilihan bumbung termasuklah:

  • bumbung kaca elektrokromik
  • bumbung kaca kekal
  • bumbung komposit two-piece boleh buka
  • bumbung standard kekal


Opsyen yang pertama itu telah diperlihatkan oleh trak pikap R1T pada New York Auto Show di mana kadar ketelusan bumbung kaca elektrokromik itu boleh ditukar mengikut keperluan daripada telus kepada legap. 

Ia bukanlah ciri yang pertama diperkenalkan oleh kerana beberapa pengeluar sebelum ini sudah pun menghadirkan ciri yang serupa, seperti Mercedes-Benz SLK-Class dan S-Class. 
 


Namun, ciri menarik adalah bumbung komposit yang boleh dibuka di mana SUV anda boleh bertukar menjadi sebuah convertible dengan tujuh tempat duduk!

Sudah semestinya Rivian tidak akan membiarkan ciri ini 'kosong' tanpa sebarang poin sambungan untuk pemasangan komponen yang lebih berguna ketika aktiviti luar rumah, seperti khemah mudah alih dan sebagainya.

Ini kerana ketika awal-awal pengenalan R1T dan R1S, kedua-dua model elektrik ini diperlihatkan menjadi sebuah kenderaan gaya hidup yang sangat versatil. 
 


Produksi Rivian hanya akan bermula pada tahun hadapan, jadi sama-sama kita nantikan bagaimana ciri ini bakal diperlihatkan pada trak pikap elektrik R1T dan SUV elektrik R1S kelak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rivian, yang didokong oleh gergasi Amazon berkata panggil semula itu aadalah bertujuan untuk…
Berita Global
Amazon.com juga memiliki lebih kurang 20 peratus saham Rivian dan ia sudah menempah lebih dari 100,…
Berita Global
Antara opsyen yang menarik perhatian ramai ialah dapur terbina dalam yang boleh menggelungsur…