Rivian R1S - kembar tak seiras kepada trak pikap R1T

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari yang lalu, kami telah menyiarkan sebuah trak pikap daripada Rivian, R1T yang dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya dan kini, Rivian telah memperlihatkan sebuah lagi model SUV elektrik yang digelar R1S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Sama seperti R1T, SUV R1S ini menggunakan platform papan selaju (skateboard) yang memberikan kenderaan ini titik graviti yang rendah seterusnya membantu pengendalian dengan lebih baik.

Sistem konfigurasi empat buah motor - satu untuk setiap tayar - membolehkan SUV ini mampu memecut dari pegun dalam masa kurang tiga saat sebelum mencapai kelajuan 100 km/j, terima kasih kepada kuasa 700 hp dan daya kilas 1,120 Nm!
 


Rivian R1S ini juga turut ditawarkan dalam tiga pek bateri berlainan kapasiti: 

  • 180 kWh - jarak operasi 644 km
  • 135 kWh - jarak operasi 483 km
  • 105 kWh - jarak operasi 370 km

Secara luarannya, hanya bentuk badan yang membezakan antara kedua-dua trak pikap R1T dan SUV R1S, dan SUV ini juga tidak menerima ciri storan menegak yang terletak di hadapan roda belakang seperti yang terdapat pada trak pikap R1T. 
 


Tidak seperti trak pikap R1T yang mempunyai hanya dua baris tempat duduk, SUV R1S ini mempunyai tambahan baris ketiga yang menawarkan ruang penumpang yang cukup luas oleh kerana ketiadaan terowong gandar sebagaimana kebiasaan SUV yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman. 

Rivian R1S bakal memasuki pasaran pada tahun 2021, dan diikuti oleh trak pikap R1T pada tahun 2020.
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana menurut pengarah bahagian kualiti Rivian, Richard Vaughan menjelaskan, mereka sedang…
Berita Global
Menerusi satu acara yang bertempat di Mill Valley, California, pengasas dan CEO Rivian, R.J.…
Berita Global
Namun, ia adalah satu kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Rivian berhubung opsyen yang bakal…