Rivian panggil semula hampir kesemua kenderaan elektriknya

oleh HEZERI SAMSURI|
Rivian, syarikat penghasil trak pikap EV dari Irvine, California sedang dalam usaha memanggil semula hampir kesemua kenderaan elektrik jualannya yang berjumlah sebanyak 12,212 unit.

Ia membabitkan trak pikap, van dan SUVB elektrik yang dijual oleh syarikat EV tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rivian, yang didokong oleh gergasi Amazon berkata panggil semula itu aadalah bertujuan untuk mengetatkan satu nat pengikat yang diikat tidak cukup ketat pada sistem gantungan hadapan kenderaan-kenderaan terbabit.

Setakat ini, tujuh kes yang disyakki berpunca dari masalah itu telah direkodkan tetapi tidak ada sebarang kecederaan berlaku kerana isu tersebut.

Rivian meminta pemilik yang mendapati ada bunyi dan gegaran datang dari bahagian hadapan kenderaan mereka untuk tampil dan menghubungi syarikat itu.

 

 

Kempen panggil semula oleh syarikat kenderaan adalah satu perkara yang normal dan ia membuktikan kesedaran sivik dan tanggungjawab korporat kepada pelanggan.

Ia juga perlu dilakukan kerana undang-undang hak konsumer yang cukup tinggi di US dan juga di Eropah, Australia dan jiran paling hampir dengan Malaysia, Singapura.

Untuk Malaysia, tidak ada undang-undang khusus untuk mewajibkan kempen panggil semula. 

Ia "terpulang" kepada syarikat automotif itu sendiri untuk menentukan kempen itu perlu diumumkan atau tidak dan tidak ada sistem khusus untuk memastikan sebuah syarikat itu benar-benar berusaha untuk memastikan semua pelanggan terbabit hadir untuk kenderaan mereka diperbaiki.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Amazon.com juga memiliki lebih kurang 20 peratus saham Rivian dan ia sudah menempah lebih dari 100,…
Berita Global
Antara opsyen yang menarik perhatian ramai ialah dapur terbina dalam yang boleh menggelungsur…
Berita Global
Sebelum ini, Amazon diberitakan telah menempah kira-kira 100,000 unit van elektrik dari Rivian, dan…