Rivian dakwa ruang kabin model R1T, R1S setanding Bentley, Lamborghini

oleh Mohamad Hanif|
Pelancaran rasmi dua buah model sulung Rivian (R1T dan R1S) telah pun ditangguhkan ke bulan Jun 2021 disebabkan coronavirus, namun Rivian turut mempunyai perancangan tersendiri dalam tempoh tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana menurut pengarah bahagian kualiti Rivian, Richard Vaughan menjelaskan, mereka sedang menjalankan program tanda aras untuk ruang dalaman model yang dimaksudkan terhadap model-model daripada Audi, Lincoln, Bentley dan juga Lamborghini.

Laporan daripada WardsAuto turut menyebut, Rivian juga sedang memastikan produk yang bakal dilancarkan itu benar-benar bertaraf dunia menerusi kualiti pembuatan yang diperlihatkan.

 


Ketika kali pertama model R1T dan R1S menjengah dunia, Rivian mendakwa model-model tersebut menggunakan bahan yang lebih lestari, serta layangan warna dan tekstur yang diinspirasikan daripada alam sekitar.

Selain daripada itu, kedua-dua model ini bakal dilengkapi dengan sistem infotainmen bersaiz 15.6 inci, skrin paparan instrumen 12.3 inci dan skrin paparan tambahan bersaiz 6.8 inci di bahagian belakang.

 


Rivian R1T ini ditawarkan dalam tiga pek bateri berlainan kapasiti:

  •     180 kWh - jarak operasi 644 km
  •     135 kWh - jarak operasi 483 km
  •     105 kWh - jarak operasi 370 km

Manakala empat buah motor elektrik yang digunakan pula mampu menjana kuasa bermula dari 402 hp/560 Nm sehinggalah versi paling berkuasa 754 hp dan daya kilas 1,120 Nm.

Sumber: WardsAuto

Berita Berkenaan

Berita Global
Rivian, yang didokong oleh gergasi Amazon berkata panggil semula itu aadalah bertujuan untuk…
Berita Global
Amazon.com juga memiliki lebih kurang 20 peratus saham Rivian dan ia sudah menempah lebih dari 100,…
Berita Global
Antara opsyen yang menarik perhatian ramai ialah dapur terbina dalam yang boleh menggelungsur…