Risiko transmisi terkunci, Kawasaki USA panggil kembali Ninja H2

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Motors Corp Amerika Syarikat telah mengumumkan kempen panggil semula bagi model Kawasaki Ninja H2 akibat permasalahan unit kawalan enjin (ECU) yang mampu merosakkan komponen transmisi.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Safety Traffic Administration (NHTSA), pengaturcaraan ECU yang salah mampu menyebabkan insiden gear tidak masuk, mengakibatkan kesukaran menukar gear dan dalam kes yang teruk, transmisi mampu terkunci dan penunggang hilang kawalan.

Beberapa kes telah pun dilaporkan sejak Mei 2018 di mana kebanyakan penunggang gagal untuk menukar daripada gear 4 ke gear 5, mujur tiada sebarang kemalangan berlaku akibat permasalahan ini.

Sebanyak 799 unit Kawasaki H2 terlibat di dalam kempen panggil semula ini merangkumi model-model berikut:

  • 2018 Kawasaki Ninja H2 SX
  • 2018 Kawasaki Ninja H2 SX SE
  • 2019-2020 Kawasaki Ninja H2 SX SE+

 
Walaupun Kawasaki Z H2 berkongsi transmisi yang sama dengan Ninja H2, Kawasaki mengesahkan yang model tersebut tidak terjejas akibat masalah yang sama.

Sumber: NHTSA menerusi RideApart

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program jaminan baharu itu terpakai untuk semua Kawasaki dan Modenas model penjenamaan semula…
Berita Global
Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan…
Berita Domestik
Majlis pelancaran pusat 4S baharu itu telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kawasaki Shah…