Risiko tayar tercabut - 700 C-HR 2019 kini dipanggil semula!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota US sedang memanggil semula kira-kira 700 unit crossover C-HR MY2019 disebabkan risiko tayar belakang mudah tercabut ketika sedang memandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Toyota, isu ini berpunca ketika proses produksi C-HR di mana bolt yang digunakan untuk mengetatkan bearing gandar belakang mungkin tidak diketatkan sepenuhnya sehingga mampu menyebabkan satu atau dua bolt longgar dan tercabut ketika sedang bergerak. 

 

Ini seterusnya mampu mengurangkan prestasi memberhentikan kenderaan, merosakkan sistem brek bahagian belakang dan kes yang paling teruk, tayar belakang dikatakan akan tercabut, kenderaan menjadi tidak stabil dan meningkatkan risiko pelanggaran. 

Walaupun isu ini masih tidak diumumkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), Toyota mengambil langkah awal untuk menghubungi para pemilik yang terjejas bermula November ini. 

Crossover yang terjejas akan dihantar kembali kepada pengedar untuk diperiksa bolt bearing dan Toyota akan menggantikan hab gandar belakang dan sub-pemasangan pembawa gandar belakang secara percuma tanpa sebarang kos dikenakan kepada para pemilik. 

Setakat artikel ini ditulis, UMW Toyota berkata mereka sedang memastikan status CH-R tempatan memandangkan isu ini hanya terpakai kepada unit C-HR di Amerika Syarikat buat masa sekarang. 
 


Sebelum ini pada November 2017 menyaksikan lebih 28,584 unit C-HR telah dipanggil semula atas isu brek parkir elektronik tidak berfungsi dengan sempurna sehinggakan kenderaan mampu bergerak dengan sendiri terutama ketika sedang diparkir di cerun bukit, atau tombol gear tidak diletakkan di takuk P. 

Isu tersebut diselesaikan dengan mengemaskini program ECU pada crossover yang terjejas. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan imej teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Toyota sendiri, serta kehadiran…
Berita Global
Menurut laporan Best Car Web, Toyota C-HR 2024 dijangka akan membawakan penawaran trenkuasa hibrid…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia…