Kedua-dua penerbangan itu kini telah selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).
"Penumpang yang terjejas diberikan bantuan dengan mengatur penerbangan alternatif dan penginapan hotel, jika perlu,” katanya.
Menurut syarikat penerbangan itu, situasi berkenaan terus dipantau rapi dan semua langkah yang diperlukan akan diambil untuk memastikan operasi selamat dan dipercayai.
Katanya keselamatan penumpang dan kru penerbangan terus menjadi keutamaan.