Risiko maut meningkat bila ada objek bahaya di tepi lebuhraya

oleh HEZERI SAMSURI|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berkata hasil kajian mendapati masalah utama keselamatan lebuh raya ialah pemanduan melebihi had laju dan risiko maut serta kecederaan serius akan meningkat apabila ada objek merbahaya di tepi lebuh raya yang tidak dilindung penghadang jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Miros juga telah mengeluarkan senarai rating untuk lebuh raya mengikut kedudukan terbaik berdasarkan pemberat sebanyak 70 peratus untuk indeks kematian dn 30 peratus untuk peratusan segmen jalan yang bertaraf tiga bintang dan ke atas.

Menurut Ketua Pengarah MIROS, Ir Dr Khairil Anwar Abu Kassim, kedudukan lebuh raya kemudiannya ditentukan mengikut jumlah mata kedudukan yang terendah.

Di bawah ialah senarai lebuh raya terbaik untuk jenis sistem tol tertutup (bayaran tol mengikut jarak jauh perjalanan):

  1. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  2. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  3. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  4. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
  5. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)

Bagi kategori lebuh raya sistem tol terbuka (bayaran tol tetap) pula, senarainya di bawah ini.

  1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (LITRAK)
  2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  3. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS)
  4. Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
  5. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Khairil juga menambah bahawa penentuan lebuh raya turut bergantung pada faktor kebarangkalian berlakunya kemalangan maut dan kecederaan parah akibat insident terbabas kerana pemanduan melebihi had laju.

"Miros sentiasa bersedia untuk membantu pihak konsesi lebuh raya untuk melaksanakan proses penarafan bintang," sambungnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…