Risiko kebakaran - Volvo panggil kembali 500 ribu unit seluruh dunia

oleh Mohamad Hanif|
Lebih daripada 500,000 unit kenderaan Volvo di seluruh dunia terlibat dalam kempen panggil semula terbaharu disebabkan oleh risiko kebakaran di dalam ruang enjin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Volvo, hal ini berpunca daripada komponen plastik di dalam enjin yang cenderung untuk cair dan berubah bentuk, seterusnya mengakibatkan kebakaran. 

Dalam hal ini, ia hanya melibatkan enjin diesel empat silinder sebaris yang merangkumi model keluaran tahun 2014-2019 seperti:

sedan -  S60, S60 Cross Country, S80
wagon - V40, V40 Cross Country, V60, V60 Cross Country, V70, V90 
SUV - XC60, XC70, XC90

 


Menurut jurucakap Volvo, beberapa kes kebakaran telah pun dilaporkan sebelum ini, namun tiada sebarang kecederaan dicatatkan. 

Volvo telah pun mengambil tindakan drastik dengan menghantar surat peringatan kepada mana-mana pemilik kenderaan yang terjejas.

Selain daripada itu, para pengguna Volvo juga perlu cakna kepada masalah dan simptom yang mungkin berlaku, seperti kekurangan kuasa, dan peka kepada lampu amaran enjin yang akan menyala. 

Pengeluar kenderaan jenama premium dari Sweeden itu sedang berusaha untuk memastikan solusi terhadap masalah ini tersedia dalam masa terdekat. 

Sumber gambar: Bristol Street Motors dan CAR Magazine

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…