Risiko kebakaran enjin, Kia panggil balik 295,000 kenderaan

oleh SALINA JALIL|
Kia Motors mengeluarkan kenyataan pada hari Sabtu lalu bahawa mereka memanggil balik 295,000 kenderaan jenama tersebut di Amerika Syarikat kerana risiko permasalahan kebakaran enjin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Pembuat kenderaan Korea itu mengatakan bahawa penarikan itu meliputi beberapa model seperti di bawah:

 

  • keluaran tahun 2012-2013: Sorento
  • keluaran tahun 2012-2015: Forte dan Forte Koup
  • keluaran tahun 2011-2013: Optima Hybrid
  • keluaran tahun 2014-2015: Soul
  • keluaran tahun 2012: Sportage

 

Panggilan balik ini diadakan kerana kebakaran di bahagian enjin boleh berlaku semasa memandu.

 

Para pemilik kenderaan yang terbabit dinasihatkan untuk menghantar kenderaan mereka di pusat pengedar untuk memeriksa dan menguji kebocoran di bahagian enjin serta membuat pembaikan termasuk penggantian enjin, jika perlu.

 

Kia Motors dalam kenyataan mereka turut berkata bahawa mereka  sedang mengemas kini perisian operasi Sistem Pengesanan Sensor.


Minggu lalu, Kia dan Hyundai Motor bersetuju untuk tindakan denda sivil berjumlah USD210 juta setelah mereka gagal memanggil balik 1.6 juta kenderaan kerana permasalahan enjin pada masa yang ditetapkan. 
 

 

laporan dari CNBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebuah tuntutan mahkamah telah difailkan terhadap Hyundai Amerika Utara dan Kia Motors Amerika yang…