Risalah Daihatsu Sirion Cross terbocor - Myvi dengan pakej ala crossover

oleh Mohamad Hanif|
Ralat: Rakan media Wapcar mengesahkan bahawa brosur ini sebenarnya adalah cubaan April Fool berdasarkan beberapa kesalahan yang dikesan pada risalah tersebut.

Kalau diikutkan, pihak Astra Daihatsu Motor sebenarnya baharu sahaja melancarkan dua buah model facelift, iaitu Daihatsu Ayla dan juga Daihatsu Sirion pada awal bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akan tetapi, pihak rakan media Funtasticko.net berjaya mendapatkan risalah brosur produk Daihatsu Sirion Cross yang sengaja dibocorkan oleh salah seorang penasihat jualan di Indonesia.

Agak aneh kenapa pihak Astra Daihatsu Motor tidak melancarkan sekali model ini semasa pelancaran rasmi Daihatsu Ayla dan Daihatsu Sirion baru-baru ini.

 

 


Atau adakah ini sebenarnya manipulasi imej yang biasa dibuat oleh pakar-pakar di luar sana?

Tolak ketepi soal itu, mari kita lihat apakah spesifikasi yang ditawarkan oleh Daihatsu Sirion Cross, atau lebih tepat lagi kembar kepada Myvi STYLE yang bakal diperkenalkan oleh Perodua tidak lama lagi.

 

 


Jika dilihat seimbas lalu, apa yang ditawarkan oleh pihak Daihatsu tidak lari jauh daripada spesifikasi yang ditawarkan oleh Perodua Myvi pasaran Malaysia.

Ini termasuklah penawaran kluster meter dengan MID, sistem pendingin hawa digital, stereng balutan kulit, serta ciri-ciri storan yang sememangnya sangat berguna untuk kereta kegunaan harian.
 

 

Dari segi luaran, Daihatsu telah menampilkan trend crossover seperti pemasangan rel bumbung, cladding plastik pada arca roda, serta set rim 15 inci yang menyamai rekaan yang ada pada Toyota Raize.

Penggunaan set rim yang lebih sporti ini sememangnya berjaya menimbulkan ilusi seakan-akan Daihatsu Sirion yang ditinggikan jarak kelegaan tanahnya.

Jadi, adakah spesifikasi sama juga bakal ditawarkan pada Perodua Myvi STYLE tidak lama lagi?

 


Sumber: Funtasticko 1, 2,

Boleh baca penjelasan berkenaan brosur ini di Wapcar.