Rino Sasaki mahu ubah persepsi wanita Jepun terhadap kerjaya pemandu lori

oleh Mohamad Hanif|

Karier sebagai pemandu lori muatan jarak jauh kebiasaannya dikaitkan dengan kerja lelaki, memandangkan ia memerlukan tenaga fizikal dan tumpuan yang lebih. 

Namun, seorang pemandu trak wanita daripada Jepun, Rino Sasaki 28 tahun ini dilihat cuba untuk memecahkan stereotaip yang selama ini menganggap bahawa wanita tidak sesuai untuk melakukan kerja yang disebutkan. 

Bermula sebagai seorang guru penari, Rino yang berasal dari Kochi Prefecture ini tidak menyangka beliau akan terjebak di dalam bidang yang sama diceburi oleh bapanya. 

 


Memandangkan bapanya sering kali sakit, beliau tidak sanggup melihat keadaan bapanya yang perlu memandu lori ribuan batu jauhnya daripada rumah. 

Demi membantu keluarga, Rino membuat keputusan untuk mengambil lesen pemanduan trak sekaligus menyertai kerjaya sebagai pemandu lori bersama-sama bapanya.

 


Mengorbankan kerjaya asal, Rino tidak pernah sesekali menyesal kerana bertukar karier sebagai salah seorang daripada tragirls (gelaran female truck driver dalam bahasa Jepun) selama lebih tujuh tahun.

Dengan jarak perjalanan lebih kurang 200,000 km setahun untuk mengangkut barangan segar ke seluruh Jepun, Rino juga tidak pernah takut untuk 'mengotorkan' diri dengan minyak dan peralatan sekiranya trak Volvo beliau memerlukan pembaikan. 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Driving style #運転手 #ドライバー #ドライブ #社長撮影な珍しくブレてない1枚 #ハンドル握ると真顔#スライドしても真顔 #ラッパは過ぎて2台目に鳴らす鈍いってやつ #楽しい毎日 #いつかは毎日がドライブデート #横顔 #小顔ローラー必需品#リンパ流し隊 #車内 #佐々木物流 #雑用係 #日常#安全運転 #危険と隣り合わせ#後悔しない1日を#rady #運転席 #特等席 #ボルボライフ #ボルボ #volvodriver #volvo ↑ボルボから褒められた #職業聞かれる度魚にエサあげる仕事言っては水族館勤務に思われる#そんなに間違いじゃないよね笑

A post shared by rino sasaki (@sr8x4volvo) on


Malah, sepanjang memandu lori Volvo kegemarannya, Rino selalu menggunakan platform laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter untuk mempromosikan gaya hidup beliau sebagai seorang pemandu.

Tidak menghairankan apabila beliau menjadi lebih popular di dalam talian dan kerap kali mendapat gelaran sebagai pemandu trak wanita paling cantik di Jepun.

Dengan pakej populariti yang dikecapi kerana kerap kali memuat naik gambar sepanjang kerjaya beliau, 
Rino berharap agar mampu memberikan bagi memberikan inspirasi kepada wanita Jepun untuk menceburi bidang yang sama. 

 


Apatah lagi di Jepun sebelum ini pernah dilaporkan mengalami masalah kekurangan pemandu lori yang agak serius akibat faktor penuaan di kalangan rakyatnya.

Baca: Volvo rancang perkenal trak autonomi di Jepun

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganjuran acara ini adalah bertujuan bagi mempromosikan program tersendiri Hino Smart Driving…
Berita Global
Selain menghabiskan masa mengemudi lori yang tidak terkira berat muatannya, dan perlu pula peka…
Berita Domestik
gambar hiasan, sumber: SabahKini Baru-baru ini, seorang rakan penulis mengalami kemalangan akibat…