Rimba Raid 2019 tampilkan pelumba Honda Dakar, Jermias Israel

oleh Mohamad Hanif|
Acara tahunan sukan permotoran lasak, GIVI Rimba Raid kini menjadi perhatian apabila ia kembali di Janda Baik pada tahun ini.

Gabungan yang kuat antara Rimba Raid dan GIVI selaku penaja utama merupakan salah satu kejayaan sukan permotoran lasak ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GIVI selaku pengeluar aksesori motosikal terkemuka kekal sebagai penganjur utama bagi tahun ini, dan bakal menampilkan pelumba hebat Jermias Israel. 

Pelumba ralli Honda Dakar dan bekas juara kebangsaaan yang berasal dari Chile ini bakal menyertai GIVI Rimba Raid buat kali pertama dan bakal menyertai klinik tunggangan bersama-sama Acoi Pangkolo, stunt-rider Malaysia pada 20 Julai ini. 

 


Menurut Ketua Promosi Rimba Raid, Datuk Captain Nik berkata, "kami berasa amat bangga dengan populariti Rimba Raid yang semakin meningkat, dan mewujudkan persekitaran yang kompetitif.

"Bekerjasama dengan Givi dan penyertaan Jeremias melalui GIVI membolehkan kami untuk memperluas jangkauan kami dan mencapai status antarabangsa yang akan pasti membawa perhatian dan penambahbaikan kepada organisasi kita," tambah beliau. 

Encik Acoi dari Pangkolo Rider Show, berkata, "Keindahan acara ini adalah bagaimana keghairahan terhadap motosikal membawa kami bersama-sama, serta berjaya menghapuskan apa jua halangan jarak dan budaya antara kami. 

"Ia merupakan satu permulaan perhubungan yang sangat kuat, dan saya pasti akan akan bertahan lebih lama, dan memberikan kami peluang untuk menghubungi lebih ramai para peminat dua roda di seluruh dunia. 
 


Jeremias Israel, dari Chile, berkata, "Ini merupakan kali pertama saya melawat Malaysia, dan saya mahu menjadikan pengalaman di Rimba Raid ini sebagai satu legasi bagi memulakan sesuatu yang positif bersama penunggang-penunggang tempatan yang lain. 

"Dulu, sebagai pelumba motivasi yang paling kuat adalah bersaing dan menang. Akan tetapi, selari dengan usia, perkongsian pengalaman dan kemahiran adalah lebih mendatangkan motivasi kepada saya.

Ketua Pengarah Operasi GIVI, Joseph Perucca dan Ketua Promosi GIVI Explorer berkata, "GIVI Malaysia menyambut ulang tahun yang ke-25 pada tahun ini dan tiada tempat yang lebih istimewa berbanding di Rimba Raid 2019 Janda Baik, permata tersembunyi di Malaysia ini.

"Paling penting, kehadiran rakan-rakan dan tetamu dari 20 negara yang berlainan untuk acara tahunan ini, dan kami berasa amat bangga menjadi sebahagian daripada acara Rimba Raid."
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perlumbaan kelayakan tersebut akan berlangsung pada hari Ahad, 25 Jun bertempat di Seri Alam, Pasir…
Sukan Bermotor
Dengan slogan #offroadtakbolehpurapura, acara Rimba Raid kali ini menyediakan laluan sepanjang 158…
Sukan Bermotor
Ia merupakan kemunculan sulung bagi kedua-dua model tersebut di dalam acara perlumbaan motosikal…