Seperti biasa, berbondong-bondong syarikat penala dan barangan aftermarket yang mula menawarkan produk masing-masing untuk dipadankan pada Nissan Z 2023, salah satu daripadanya ialah Watanabe Racing Service.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, Watanabe memperlihatkan rim pisang bersaiz 18 inci, di mana ia merupakan antara rekaan rim yang sangat popular di kalangan para pemilik kereta sports Jepun.

Watanabe menawarkan beberapa kemasan untuk rim ini, salah satu daripadanya ialah warna matte grey seperti yang diperlihatkan pada model Z ini.
Bergantung kepada jenis, saiz dan juga off-set, harga rim pisang Watanabe bersaiz 18 inci ini bermula dari ¥76,000 (RM2,483) setiap satu.