Rim Mustang Mach 1 ambil inspirasi daripada sarang burung

oleh Mohamad Hanif|
Banyak rekaan di dalam industri automotif mengambil inspirasi daripada elemen persekitaran, seperti contoh gril infinite weave yang menjadi signatur Proton masa kini diambil daripada ukiran kayu rumah tradisional Melayu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nampaklah sikit ciri-ciri Melayu yang ada pada kereta Proton moden, ye tak?

Salah satu ciri unik yang ada pada Ford Mustang Mach 1 adalah rekaan rim 19 inci yang mendiami keempat-empat arca roda jentera tersebut dan hanya ditawarkan dalam pakej opsyen Handling Package.

 


Anda mungkin tidak perasan akan penampilan rim tersebut, namun menurut perekanya Mark Kaski, rim 19 inci Mustang Mach 1 itu sebenarnya direka untuk dilihat seakan sebuah sarang burung.

Mark Kaski menjelaskan, "rekaan ini adalah berbeza berbanding apa yang pernah kami lakukan sebelum ini, dan ia sangat sesuai dipadankan pada Mustang Mach 1. Ia juga akan mempengaruhi rekaan rim untuk model Mustang pada masa akan datang.

Ditawarkan dalam pakej opsyen Handling Package, rim tempa aluminium bersaiz 19 inci ini mempunyai jejari berbentuk Y, dan rekaan berlapis unik tiga dimensi itu yang menjadikannya 0.5 kg lebih ringan.

 


Ford Mustang Mach 1 merupakan model berprestasi tinggi yang dihasilkan bagi merapatkan jurang yang ditinggalkan oleh Mustang GT serta model-model Shelby.

Ia dikuasakan oleh enjin bentangan V8 5.0 liter yang menghasilkan 480 kuasa kuda dan 569 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan sebagai standard, atau automatik 10 nisbah kelajuan sebagai opsyen.

Khusus buat model manual, Ford menawarkan pakej opsyen Handling Package yang merangkumi penambahan ciri seperti splitter hadapan yang lebih besar, lip molding pada roda hadapan, spoiler Magnetic dengan Gurney flap dan set rim bersaiz 19 inci yang didatangkan dengan kemasan Tarnished Dark.
 


Dengan adanya Handling Package itu tadi, Ford mendakwa Mach 1 mampu menjana 22 peratus lebih daya turun berbanding Mustang GT yang dilengkapi Performance Pack Level 1.

Berita baiknya, Ford Mustang Mach 1 akan mula dijual sebagai sebuah model edisi terhad yang boleh didapati di peringkat global, namun pihak Ford tidak menyatakan berapa banyak unit yang bakal dihasilkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…