Riders App khusus buat pemilik motosikal

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Kemudahan berkaitan dunia dua roda itu kini hanya di hujung jari sahaja melalui aplikasi Riders App. Aplikasi hasil ciptaan tiga anak jati Perak dari Kelab Bikers Perak atau Apps Bikers ini mula dicipta pada 18 Februari lalu dan telah diperkenalkan kepada pengguna di Google Playstore pada 19 Februari. DSC_0152  DSC_0151  DSC_0150 Menurut Presiden Apps Bikers, Azhar Sulaiman, aplikasi Riders App dengan usahasama syarikat Appsquest Sdn. Bhd merupakan aplikasi pertama di Asia yang menyediakan platform yang mudah bersama-sama dengan ciri-ciri penting untuk penunggang motosikal dan boleh didapati bagi platfom IOS serta android. Aplikasi Riders App mempunyai tiga ciri utama iaitu fungsi penyelamat, platform jual/sewa dan garis panduan keselamatan. “Fungsi penyelamat adalah untuk membolehkan pengguna membantu penunggang motosikal lain yang menghadapi kesulitan atau kemalangan di jalan raya supaya bantuan serta merta boleh didapati dalam masa yang paling singkat," jelas Azhar “Untuk aplikasi jual/sewa motosikal pula, pengguna boleh mendapat keuntungan dengan hanya menghantar imej  motosikal serta butiran dalam aplikasi ini melalui beberapa langkah mudah. Aplikasi ini juga menyediakan panduan navigasi (google maps/waze) dengan carian yang lebih pantas serta semua jadual bike week di dalam mahu pun luar negara,” tambah beliau. Majlis pelancaran Aplikasi Riders App dan Ride Sempena Tahun Melawat Perak 2017 telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi di Masjid Al Ansar, Meru, Ipoh, Perak. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Mohd Nazaruddin Mohd Yusof, Pengarah JPJ Perak, Zawawi Zakaria dan Pengarah Pelancongan Negeri Perak, Mohd Hizaz Mohd Ibrahim. Lebih 500 penunggang motosikal daripada 18 kelab seluruh negeri Perak mengambil bahagian di dalam majlis pelancaran itu. Pada majlis yang sama, Datuk Nolee Ashilin turut merasmikan penganjuran Perak International Bike Week 2017 Volume 1 yang akan diadakan pada 3 hingga 5 November 2017. Perhimpunan motosikal yang akan diadakan oleh App Bikers itu bertujuan menghimpunkan semua pemilik-pemilik serta peminat dunia pemotoran untuk datang ke negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017. Riders App boleh dinaik turun samada Google Apps Store atau Apps Store di bawah syarikat Apps Quest Sdn Bhd. [gallery columns="4" ids="27424,27423,27422,27421,27420,27419,27418,27417,27416,27415,27410"]