Rider penghantar perlu dibekalkan jaket hi-vis untuk keselamatan mereka

oleh HEZERI SAMSURI|
Umum mengetahui kadar kemalangan maut paling tinggi adalah dari kalangan pengguna motosikal.

Kenyataan ini sering diulang tetapi tidak banyak usahha konkrit yang dilaksanakan, kecuali cadangan-cadangan untuk mengetatkan lagi undang-undang terhadap penunggang motosikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun fakta yang sering diketepikan ialah motosikal adalah mod pengangkutan yang paling popular kerana ia adalah yang paling mampu milik dan paling murah untuk diselenggarakan.

Kebanyakan penggunanya pula memang tidak mampu untuk menggunakan kenderaan beroda empat. Ada juga yang mempunyai profesion yang memang memerlukan mereka menggunakan motosikal.

Kewujudan lebih dari 40 syarikat perkhidmatan penghantaran di Malaysia yang menggunakan motosikal terbukti menjadi nadi dalam kehidupan penduduk Malaysia di kala Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung. 

Namun begitu, kes-kes kemalangan di kalangan mereka juga nampaknya semakin kerap dikongsi di media sosial.

 

 

Saya kira mungkin syarikat-syarikat tersebut boleh memberikan rider-rider ini dengan jaket atau vest berwarna terang - high visibility atau "high-vis".

Ini membolehkan mereka dilihat dari jauh lagi oleh pengguna-pengguna kenderaan yang lain. 

Memang, kotak berwarna merah jampu yang so-sweet itu atau kotak jingga dan kotak hijau itu menarik perhatian tetapi ujian-ujian yang dilakukan di negara barat mencadangkan warna-warna terang seperti kuning atau jingga fluorescent adalah lebih baik.

 

 

Ia juga memerlukan kebolehan untuk memantul cahaya di sebelah malam. Mungkin perlu ada peratusan minimum pada bahan di jaket itu yang mempunyai fungsi pemantul cahaya.

Saya juga ingin mencadangkan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia atau MIROS membuat kajian keberkesanan jaket high-vis ini digunakan oleh rider-rider tersebut.

Dalam masa kita mahukan pihak korporat mencari keuntungan, saya rasa tak salah jika kita minta mereka juga melabur di dalam isu keselamatan jalanraya kerana memang pekerja-pekerja mereka ini sentiasa berada di atas jalanraya.

Wallahuallam. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
  Menurutnya, penunggang gig juga akan menerima pendapatan terjamin sehingga RM3,000 sebulan,…