Rider maut dirempuh Nissan X-Trail terbabas

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber gambar: FB Warga Wilayah
Seorang penghantar barang maut selepas dirempuh sebuah SUV dalam kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Haji Sirat, siang tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Kosmo!, kejadian jam dua petang itu turut melibatkan lima kenderaan lain, dan seorang penunggang motosikal lain dilapor cedera parah. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ketika kejadian kedua-dua lelaki berusia 34 dan 29 tahun itu sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

 


Kata beliau, kemalangan berlaku ketika kereta Nissan X-trail mahu membelok ke kanan jalan tersebut.

“Pada waktu itu, sebuah lagi kereta jenis sama di laluan berkenaan mahu meneruskan perjalanan lalu berlanggar.

“Dua SUV itu kemudian terbabas dan masing-masing melanggar dua motosikal serta sebuah Proton Wira di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kedua-dua pemandu SUV berusia 20 dan 24 tahun ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo!