Rider kemalangan - polis Thai bantu hantarkan pesanan Grab ke pelanggan

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang penghantar p-hailing Grab di Bangkok yang kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya menerima bantuan istimewa apabila seorang polis bertindak untuk menolong menghantar pesanan tersebut.

Penghantar Grab yang menunggang motosikal bersama anak perempuan beliau yang berusia 14 tahun itu dipercayai pengsan kerana cuaca panas dan mengalami kemalangan.

Orang ramai yang menjadi saksi kepada kemalangan itu segera menghubungi nombor kecemasan.

Seorang pegawai polis, Kritsanachai Sicharoen segera datang untuk membantu dan diberitahu bahawa anak perempuan mangsa itu risau keluarganya akan kehilangan pendapatan harian mereka kerana gagal menghantar pesanan Grab tersebut.

Pegawai polis meminta anak perempuan itu menemankan ayahnya ke hospital sambil meminta alamat pelanggan yang memesan makanan tersebut.

Tanpa diketahui mereka berdua, pegawai polis itu menghantarkan pesanan Grab itu kepada pelanggan tersebut.

Menurut laman web Thaiger, rakyat Thai terus memuji tindakan pegawai polis yang prihatin akan masalah kedua-dua mangsa kemalangan tersebut.

Penunggang Grab yang berusia 45 tahun itu mengalami kecederaan sementara anak perempuannya tidak tercedera.

* Berita dan gambar dari Thaiger

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan Grab Malaysia, perkhidmatan Women-Only Rides (Beta) direka khas bagi memadankan…
Berita Domestik
Cadangan ini dikemukakan oleh Grab Malaysia melalui projek rintis Proof of Concept yang melibatkan…
Berita Domestik
“Kalau kita boleh jadikan keselamatan sebagai budaya nasional, ia bukan sahaja baik untuk…