Rider Grab Food cedera dilibas Avanza di MRR2 - “Jangan salahkan pemandu Avanza”

oleh SALINA JALIL|
gambar adalah dari tangkap layar video
“Saya terlibat dalam kemalangan itu, bukan salah pemandu”.


Demikian kata-kata seorang individu yang mendakwa terbabit dalam kemalangan melibatkan seorang penghantar Grab Food dan sebuah kereta Avanza di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).


Katanya, kejadian kemalangan itu disebabkan masalah tayar kereta berkenaan dan bukannya salah pemandu Avanza itu sendiri.

 

“Saya yang terlibat dalam kemalangan itu, bukan salah pemandu. Cuma nak bagi tahu sebelum keluar rumah periksa tayar sebab macam-macam benda boleh jadi.

 

“Kawan saya tidak bawa laju pun, biasa sahaja macam kenderaan lain, tolong jangan salahkan dia,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter.

 

Pada 31 Januari lalu, tular sebuah video di laman media sosial menunjukkan seorang penghantar Grab Food dirempuh kereta Avanza sebelum dia bergolek di atas jalan. 

 

- setelah meneliti video di bawah, apa pendapat anda? -

 

 

Kosmo Online

Berita Berkenaan

Berita Global
Peraturan baharu yang mula berkuat kuasa di Paris dan kawasan pinggir kotanya itu terpaksa…
Berita Domestik
Menurutnya, ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. "Siasatan awal…
Berita Domestik
Beliau berkata, setibanya di lokasi pada 10.03 pagi, didapati kemalangan membabitkan enam kenderaan…