'Ride To Live 2.0' Tissot, Auto Bavaria ke Janda Baik - promosi kesedaran keselamatan jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hujung minggu lalu, TISSOT telah mengadakan konvoi beramai-ramai 'Ride To Live 2.0' dengan kolaborasi bersama Auto Bavaria dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR). 

Program 'Ride to Live 2.0' ini bertujuan untuk mempromosikan keselamatan jalan raya, selain membantuk meningkatkan kadar kesedaran terhadap keselamatan menunggang di kalangan komuniti bermotosikal. 


 


Memasuki tahun kedua, konvoi tahunan ini menyaksikan penyertaan daripada pemilik-pemilik BMW Motorrad dan prospek terdiri daripada 180 buah motosikal berkuasa tinggi. 

Konvoi bergerak daripada acara Auto Bavaria Grand Special 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil menuju ke Rimba Valley Motor Campsite, Janda Baik, Pahang. 

Perjalanan konvoi ini turut menerima bantuan iringan daripada pasukan PDRM seramai tiga puluh anggota yang bertindak sebagai marshal trafik untuk memastikan gerak perjalanan yang lebih lancar. 
 


Menurut Kim Lim, Naib Presiden Tissot Malaysia berkata, "Ride To Live 2.0' ini merupakan satu platform keemasan bagi memberikan kesedaran kepada umum tentang bahaya yang sering dialami oleh penunggang motosikal di jalan raya, terutama ketika musim perayaan.

Setibanya di Rimba Valley Motor Campsite, para peserta diberikan petunjukan demonstrasi secara langsung, selain sesi penerangan keselamatan oleh pengajar BMW Motorrad bertauliah, Faizal Sukree, Inspektor Ummul Hidayah dari PDRM dan konsultan bantuan pertolongan cemas, Shuhaimi Marche. 
 


Tissot dalam masa yang sama memperlihatkan koleksi terkini jam tangan untuk tahun 2019, termasuklah penerangan ringkas pengalaman penggunaan Tissot Touch oleh Dato' Captain Nik Huzlan.

"Kami (Tissot) berasa amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Auto Bavaria dan PDRM untuk 'Ride To Live 2.0' untuk mempromosikan kepentingan tunggangan selamat dan meneruskan usaha mendidik tentang keselamatan jalan raya.

"Di masa hadapan, kami berharap kempen sebegini akan dapat diteruskan lagi," tambah beliau. 

Acara 'Ride To Live 2.0' berakhir dengan jayanya dan pasukan konvoi selamat kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…