Richard Mille RM UP-01 - jam tangan Ferrari paling nipis dalam dunia

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar jam tangan terkemuka Richard Mille baharu sahaja melancarkan sebuah jam tangan yang diiiktiraf sebagai jam mekanikal paling nipis dalam dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

RM UP-01 dibangun menerusi kerjasama dengan Ferrari, di mana ia menampilkan casis dengan ketebalan 1.75 mm - mengalahkan Bulgari Octo Finissimo Ultra dengan kelebihan 0.05 mm sahaja.
 

Richard


Diperbuat daripada bahan titanium gred 5, ia juga turut merangkumi enam peratus aluminium dan empat peratus vanadium dengan unit pergerakan mekanikal jam ini hanyalah senipis 1.18 mm yang merupakan satu rekod baharu.

Biarpun nampak nipis, jam tangan dengan simpanan tenaga selama 45 jam ini sebenarnya mampu bertahan di bawah gegaran yang kuat, pecutan lebih 5,000 G, dan kalis air sedalam 10 meter.
 

Richard Mille


Tidak menghairankan apabila Richard Mille mendakwa pembangunan jam tangan ini memakan masa lebih enam ribu jam!

Sebanyak 150 unit sahaja jam tangan nipis ini akan dihasilkan dengan harga jualan setiap satu bermula dari $1.888 juta (RM8.35 juta).