Richard Hammond jual 8 model klasik, nak mula bisnes baharu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Koleksi Richard Hammond
Koleksi Richard Hammond
Sebagai peminat rancangan televisyen automotif berkemungkinan tinggi anda mengenali Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May.

Mereka bertiga telah berjaya mengangkat siaran automotif dalam bentuk informatif dan menghiburkan.

Apabila bercakap mengenai personaliti automotif semestinya yang menarik perhatian ialah koleksi kenderaan mereka.

Sekali-sekali keluar berita kereta yang dimiliki dan ianya menimbulkan rasa ingin tahu mengenai citarasa dan pilihan mereka.

Ini pula koleksi kenderaan Richard Hammond dan apa yang menarik ialah beliau ingin menjual lapan buah model klasik bagi memulakan perniagaan baharu!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
MotoGuzzi LeMans Mk1

 

Hasil jualan akan digunakan bagi membiayai The Smallest Cog, syarikat baik pulih kenderaan klasik dan ianya akan turut disiarkan di media elektronik.

Jadinya Richard Hammond jual koleksi kenderaan klasik untuk memulakan perniagaan baik pulih kenderaan klasik.

Beliau sendiri mengaku ia satu yang ironi namun ianya adalah tindakan timbal balik dan semestinya sangat berat hati untuk dilepaskan.

Menurut beliau lagi, walaupun dijual ianya akan digunakan bagi pembangunan perniagaan baharu yang memberi nafas baharu kepada sejumlah lagi kenderaan klasik.

Kira okay la kan? Sumbang balik pada industri kenderaan klasik.

Beberapa buah kenderaan yang akan dilepaskan adalah kereta kegemaran peribadi beliau termasuklah motosikal edisi terhad yang dibeli semasa hari lahir ke-40 dan 50 beliau.

Berikut ialah di antara senarai koleksi klasik Richard Hammond yang ditawarkan dan spesifikasi ringkas:

Porsche 911T 1969

 

Porsche 911T 1969

 

  • Model tahun 1970 adalah yang pertama menggunakan enjin 2.2 liter yang dibesarkan dari enjin 2.0 liter.
  • Pada asalnya 911T dihantar ke California dan masih kekal dengan stereng sebelah kiri.
  • Warna Perak Metalik dengan roda Fuchs lima rongga.
  • Jarak perbatuan sekitar 90,123 km dan Richard Hammond percaya ianya tulen.

Lotus Esprit Sport 350 1999

 

Lotus Esprit Sport 350 1999

 

  • Edisi nombor 5 daripada 48.
  • Model Sport 350 85kg lebih ringan berbanding model asal V8 GT.
  • Enjin 3.5 liter flat-plane crank, turbo berkembar V8. 0-97 km/j dalam masa 4.7 saat.
  • Kerangka badan ringan dan roda magnesium Crono OZ.
  • Warna New Aluminium Metallic dengan gentian karbon, sayap belakang ala GT1.
  • Perbatuan 75,639 km dengan enjin yang dibaik pulih.

Bentley S2 1959

 

Bentley S2

 

  • Lima pemilik termasuk Richard Hammond.
  • Warna seperti asal iaitu Silver Blue dan Midnight Blue.
  • Telah melalui kerja baik pulih badan yang ekstensif.
  • Kotak gear diganti dua tahun lepas.
  • Jarak perbatuan terkini sekitar 101,388 km.
  • Dibekalkan dengan perkakasan (tools) asal, gambar baik pulih, buku log dan pelbagai lagi.

Moto Guzzi Le Mans Mk1 1977

 

Moto Guzzi Le Mans Mk1 1977

 

  • Simbol kepada gaya Café Racer pada pertengahan dan lewat 70-an.
  • Dibaik pulih dengan cermat oleh Victory Motorcycles of London termasuk enjin yang dibina semula.
  • Dipasang dengan fairing yang rare.
  • Dokumentasi sejumlah komponen yang diganti termasuk karburator, omboh, brek dan sebagainya.
  • Model siri Le Mans ini semakin bernilai di mata pengumpul sejak tahun kebelakangan.

Selain model di atas, beberapa lagi model yang ditawarkan ialah Sunbeam Model 2 1927, Velocette KSS Mk1 1932 dan Ford RS2000. Ford ini ditangguh dulu ke September 2021 untuk satu lagi acara jualan.

Kesemua kenderaan klasik ini ditawarkan tanpa harga rizab dan ianya dibuka untuk jualan oleh Silverstone Auctions sempena acara The Classic at Silvertone pada 1 Ogos 2021 bermula pukul 2 petang.

Silverstone Auctions adalah sebuah syarikat terkenal dalam acara bidaan dari kereta klasik, kereta super, kereta perlumbaan, motosikal moden dan bersejarah dan memorabilia automotif.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan BBC, Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May baru sahaja pulang dari…
Berita Global
Episod istimewa dengan tajuk Eurocrash itu akan disiarkan di Amazon Prime Video pada 16 Jun, dimana…
Berita Global
Dipasarkan sebagai sebuah kenderaan berperisai ringan all-terrain, Maatla 4x4 dibangun menggunakan…