Richard Hammond alami kemalangan serius

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Richard Hammond, bekas pengacara TopGear dan kini menjadi pengacara Grand Tour bersama Jeremy Clarkson dan James May telah mengalami kemalangan serius semasa penggambaran siri Grand Tour yang baharu.

Hammond yang sedang memandu supercar elektrik Rimac Concept One terbabas di sebuah selekoh di tepi kawasan berbukit di Switzerland.

Supercar EV itu kemudian terguling ke bawah lereng bukit dan Hammond merangkak keluar dengan sendirinya dari bangkai kenderaan tersebut sebelum ia terbakar hangus.

rimac spins out
Saat sebelum Rimac itu terguling jatuh ke lereng bukit.

 

Hammond kemudian diterbangkan ke sebuah hospital berdekatan dan diberitakan cuma mengalami keretakan pada lututnya.

Sebelas tahun lalu, Hammond nyaris mati selepas mengalami kecederaan serius di kepalanya selepas mengalami kemalangan semasa menguji kenderaan berenjin roket pada kelajuan 463 kmsj untuk program TopGear.

Beliau koma dua minggu sebelum bangkit dan sembuh. 

Mungkin Hammond perlu lebih berhati-hati atau mungkin beliau perlu mandi bunga.

crashed Rimac
Bangkai Rimac Supercar EV.