Richard Branson berjaya lengkapkan penerbangan Virgin Galactic ke angkasa lepas!

oleh Mohamad Hanif|
Hartawan Britain, Richard Branson berjaya melengkapkan misi penerbangan ke angkasa lepas apabila pesawat Virgin Galactic milik syarikatnya berjaya berlepas dan mendarat dengan selamat di Spaceport, New Mexico semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Beliau bersama-sama lima anggota pasukannya berjaya berada di angkasa lepas buat beberapa ketika sebelum pesawat tersebut kembali memasuki atmosfera bumi.

 


Pelancaran kapal roket penumpang VSS Unity baru-baru ini turut menandakan ujian penerbangan yang ke-22 syarikat tersebut, dan misi keempat penerbangan berkru melepasi atmosfera bumi.

Menurut laporan daripada Reuters, Virgin memerlukan sekurang-kurangnya dua lagi ujian penerbangan ke angkasa lepas sebelum memulakan operasi penerbangan komersial pada tahun 2022.

 


Namun harus diingat, tambang penerbangan ke angkasa lepas ini bukannya murah, di mana harga untuk satu kepala bermula dari $250,000 (RM1.05 juta) dan permintaan terhadap penerbangan ini juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan hartawan.

Sumber: Reuters