Rhodium White, seni warna baharu Mazda selepas Soul Red Crystal dan Machine Grey

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda CX-60
Mazda CX-60
Ketelitian kereta buatan Mazda bukan sahaja tentang reka bentuk tetapi juga merangkumi warna badan. Ianya juga bukan setakat kejuruteraan dan turut melibatkan seni pembuatan kereta.

Satu yang mempersonakan tentang kereta Mazda ialah warna Soul Red Crystal. Apabila dipandang seperti bebayang yang menari-nari di atas badan kereta.

Warna itu juga mempunyai sinaran atau radiance tersendiri.

Terbaru Mazda memperkenalkan Rhodium White, warna baharu dan signatur ketiga selepas Soul Red Crystal dan Machine Grey.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mazda CX-60

 

Warna khas itu dicipta melalui kaedah unik teknologi mengecat Mazda yang dipanggil sebagai Takuminuri.

Takumi merujuk kepada karwayan pakar (master craftsman) manakala Nuri bermaksud mengecat (painting).

Mazda percaya warna memainkan peranan sangat penting dalam memberikan bentuk kepada sesebuah kenderaan.

Dengan itu Mazda mengfokuskan kepada membangunkan warna yang dapat 'menangkap' rekaan Kodo yang dipegang sejak sekian lama. 

Reka bentuk dah menawan, warna badan mesti ikut sekali!

 

Mazda CX-60

 

Rhodium White adalah warna putih tulen yang dipengaruhi estetika Jepun dengan kecantikan pada sesuatu yang ringkas dan tanpa elemen berlebihan.

Selain itu, butiran halus cat menyerlahkan bayang-bayang pada permukaan badan kereta dan melengkapi tekstur metalik warna Rhodium White.

Mazda menggunakan teknologi mengecat canggih bagi menghasilkan warna yang mempunyai kedalaman dan sinaran yang menonjolkan setiap lenggok dan garisan kereta.

Pendekatan Mazda itu juga dibuat bagi mengurangkan impak pada alam sekitar.

 

Mazda CX-60

 

Proses Takuminuri yang disebutkan di awal artikel ini melibatkan robot mengecat canggih yang menggunakan data dari simulasi kerja-kerja mengecat oleh pakar Mazda.

Data tersebut diambil untuk replikasi teknik tradisional dan kemudian digunakan pada proses mengecat kenderaan Mazda.

Semasa membangunkan warna Rhodium White, Mazda berjaya meletakkan proses Takuminuri pada aras baharu. 

Mazda menghasilkan warna badan dengan tiga lapisan sahaja iaitu clear, kilauan atau pantulan dan berwarna.

Lapisan bawah (undercoat) pada cat putih lazimnya akan kelihatan dan lapisan clear biasanya lebih tebal berbanding tona yang lain.

Rhodium White pula berbeza, ianya menggunakan pigmen yang baru dibangunkan Mazda.

 

Mazda CX-60

 

Kaedah itu dapat mengurangkan ketebalan lapisan clear sehingga 30 peratus berbanding warna Snowflake White Pearl.

Lebih rendah bermaksud penggunaan sumber dengan cekap dan pengurangan pelepasan karbon dioksida.

Selain itu, Mazda menggunakan kaedah di mana cat mengandungi kepingan (flake) aluminium dengan sinaran (luminans) tinggi dan sangat nipis.

Ia digunakan bagi mendapatkan ketebalan sekata dan kemudian 'mengecut' dengan signifikan semasa proses pengeringan untuk lapisan pantulan.

Hasilnya ialah lapisan pantulan atau kilatan yang sangat nipis sekitar 0.5 mikron atau kira-kira tujuh peratus ketebalan biasa lapisan kilatan.

 

Mazda CX-60

 

Mazda juga berjaya mendapatkan kemasan seperti cat tangan dengan kepingan aluminium tampil sekata mengikut lenggok lapisan kilatan.

Hasil akhir menjadikan keseluruhan permukaan badan kereta bersinar atau memancar apabila terkena cahaya dengan tekstur metalik yang realistik.

Kepingan aluminium pula dibahagikan dengan sekata dan selari mengikut lenggok permukaan badan dan menghasilkan satu kesan yang berkilat dan berbayang apabila terkena cahaya.

Walaupun warna Rhodium White itu sendiri sudah terang!

 

Mazda CX-60

 

Ini yang dimaksudkan dengan bebayang warna ibarat menari-nari pada permukaan kereta.

Warna Rhodium White akan digunakan pada SUV baharu CX-60 dan disusuli model lain dalam segmen kenderaan besar Mazda.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…